BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

telefon bimbit dan aku

tengok tajuk tak boleh blah. kadar kewangan sekarang ni sangat mengecewakan dan tidak stabil. dalam purse roxy yang dah kena minyak daging masak merah kat kedai laila adila kat depan uitm pun hanya tinggal syiling. tu pun sekejap lagi aku transfer masuk dalam tabung. (makin berat tabung buluh lemang aku) duit kat dalam bank pulak lagilah buat aku menangis ter-sedu sedan macam pengemis. dalam bank islam (ni totally duit allowance) adalah dalam rm100++, dalam CIMB tinggal lebih kurang rm238.40, dalam tabung haji aku tak tahu sebab buku bank pun ayah yang pegangkan. sebab kalau kat aku confirm tinggal ber-sen je dalam tu. so, dengan keadaan yang sangat gawat macam ni, kredit pun aku takde. dah lah berlagak macam orang kaya nak pakai dua nombor (celcom dan maxis) tapi dua-dua pun bukan aku yang top-up sendiri. sekarang ni balance yang tinggal, maxis = 0 cent. dan celcom = rm 1.27. dan sebab itulah aku sekarang menyepikan diri dari kawan-kawan sebab takde kredit okay. selalunya kat kedah memang ayah aku yang tukang top-up kan kedua-dua nombor tapi bila kat rumah ni aku semacam pula malas nak mintak kat ayah suruh top-up kan. maybe sebab dulu dan sekarang itu lain.

masuk perenggan baru lah pula. kang ada yang muntah keluar abjad-abjad ni kang. ha, dulu masa aku ni masih tunangan orang (sila baca dengan nada sedih dan sayu) memang duapuluhempat jam aku dengan kedua-dua handphone sebab nak tunggu sms dari pengarang jantung, intan payung aku. (okay, sumpah geli) sekarang, since aku dah putus tunang handphone aku sampai dah kelip-kelip lampu merah pun aku buat tak tahu je. (sebab bateri bakal habis) dulu masa aku ni masih lagi kekasih orang, ehh geli pula. ( menaip sambil menggigil sebab terlalu geli geleman) okay lah, dulu aku ni awek orang (buat gaya minah rempit) emm, senang macam ni lah. dulu, masa aku ada BF (kan senang) memang tak pernah kedua-dua nombor aku takde kredit atau pun kedua-dua phone aku habis bateri sebab dulu setiap saat dan ketika aku nak ber-sms dengan beliau even waktu makan pun handphone mesti di tangan sampai lah mak aku membebel dan masa tu aku rasa aku betul sebab dalam hati aku yang keras ni cakap, bukannya aku susahkan sesiapa pun. dan sekarang, bila aku dah tinggalkan tabiat itu (sebab dah takde BF sebenarnya) aku memang tak pernah langsung bawa handphone aku turun dari bilik kecuali kalau nak keluar rumah. sebab takut kalau ada important call ke kan. ohh, masa itu budak mesir ada pun memang aku jarang message dengan dia sebab dia ni jenis yang suka call. dan aku call dia pun boleh dikira dengan jari tauhu? sebab dia tak bagi aku call dia. setiap kali aku call dia, mesti dia taknak angkat. dia kata, biar lelaki yang call perempuan. how sweet kan kan? (atau bahasa kampungnya, sweettt ngattt aihhh.)

okay, perenggan baru. dulu, masa ada BF phone aku ni dah macam kembar aku dah. dah lahh ada dua phone. so jadilah aku bersama-sama phones ni trio kembar tiga. mana tak nya, kalau phone jatuh mesti aku macam nak melalak kuat gila (melalak tu menangis sambil jerit-jerit, takkan tak tahu kot?) sebab, aku sayang gila phone aku. setiap hari pun mesti aku nak check phone aku whether sihat ke, tak ke. full ke tak full ke bateri dia. kira dah macam check diri sendiri lahh. tapi sekarang, kami bukan lagi kembar macam dulu. (nada serius) sebab aku macam dah malas nak ambil tahu dan ambil kisah dengan kau orang berdua. kalau takde bateri padan muka. kalau kredit habis, aku cakap korang ni menyusahkan aku. (korang refer to kedua-dua phones tersebut) lihat, lihat. betapa aku tak hiraukan mereka sampai kadang-kadang kawan-kawan call pun aku tak dengar dan tak perasan. kandang-kandang (kandang kambing biri-biri) aku rasa menyampah bila phone aku berbunyi sebab aku dah start rasa malas nak angkat dan bercakap telefon. (kawan-kawan, sila jangan berhenti contact aku) haha.

okay, perenggan baru untuk conclusion. yang baiknya bila begini, aaku telah banyak menjimatkan duit ayah aku dan duit-duit tu boleh masuk pocket dan simpan untuk kegunaan membeli-belah satu hari nanti kan. jadi kepada anda-anda semua, ikutlah saya. kalau kau ada BF, putuskan je hubungan sebab nanti dapat kumpul duit untuk shopping memandangkan duit di bank semakin surut. :)

p/s; aku main-main je lahhh wey. :)

18 Yorum var:

furaidotempe said...

lol =P

NAZ said...

logik apa :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

fifa. ngeh ngeh. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

naz, betul betul betul. :)

Anonymous said...

oho, ini sangat 100 percent betul.

ada battery ke tak, mcm KESAH? hahaha. dulu kan, handphone aku sehari jatuh kat tepi katil, nak dekat sehari baru aku amik, hahaha, dan takda pun ape msj, wakakakakaka.

tu dulu lah tapi. hahahahaha

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

asmarina.

"tu dulu lah tapi."

i loikeee. ;p

dylakamil said...

hahah panjangnya karangan hang ;p

thesis statement yg ingin dibuat: dia bukan lagi kembar dgn hpnya dan dia menjimatkan duit mak bapak. heheh

;pp

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

dyla. haha. benci thesis statement! ;pp

tapi begitulahh nampaknya. kau ter-tinggal satu, putuskan hubungan dengan mana-mana lelaki. hahahha.

Nor atau Nad said...

logik gak;))

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

nor, yolah. :)

Unknown said...

weyy, same la kite.
hp da x jd ape ble kt rumah ni.
pduli hape aku same dikau.
haha.
kn kn?

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

feeqa, haha. tahu takpe. hanset hijau aku yang sama dgn atyn tu dah padam dah. malas aku nak charge. :)

eZmALiZa said...

wah..dye wat karangan la..haha.. :D tc yer dik.. :)

FS said...

handset hijau yang sama dengan aku yang dipandang sebelah mata tu kan kan rda ? haha

memang memang aku pon x heran langsssong dgn fon aku tu , tapi susah kalau aku text hang x reply nokkk

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

ezmaliza. haha. BM dapat A tahu. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, yup2. haha. celcom masih ada kredit seringgit lebih. :)

wongcheng said...

aku ada dosa tak dgn phone kau?
hahaha

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

achenk. siot. sampai sekarang aku bau sos cap amina hassan tu kau tahu?

aku bantai je nama sos tu. ahha.