BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 18, 2009

perlukah cemburu?

cemburu? mungkin agak geli sebab biasanya i akan guna 'jealous' tapi disebabkan i nak Melayu kan entry ni secara keseluruhan, nampaknya you all akan sentiasa membaca 'cemburu' dan bukannya 'jealous' sehingga akhir entry. ini mungkin cubaan pertama menulis dalam Bahasa Melayu keseluruhannya. anda nilai, ia berjaya atau tidak okay? (okay dalam Bahasa Melayu apa?) baiklah, i (aku/saya) tahu banyak benda yang terlintas dihati korang semua bila bercerita berkenaan cemburu. i beri beberapa situasi (keadaan) di mana perasaan cemburu ini digunapakai oleh kita dalam kehidupan sebenar kita (aku nak tulis real life sebenarnya. tsk) keadaannya biasanya;

  1. seorang kakak yang cemburu terhadap adik perempuannya sebab adik dia lagi cantik dan pandai dari dia. (keadaan ni korang boleh jumpa dalam kebanyakan cerita-cerita dongeng Melayu atau bukan cerita dongeng sekalipun. contoh, Bawang Putih Bawang Merah.)
  2. seorang kawan yang cemburu dengan kawan baiknya sendiri. sebab dia rasa hidup kawan dia sangat-sangat bahagia dan sempurna. biasanya perempuan lah kan. lelaki mungkin ada tapi i tak pakar sangat soal lelaki ni.
  3. abang atau kakak yang cemburu kepada adiknya sebab dia rasa mak dan ayah diorang layan adik dia lebih. atau mungkin sebaliknya.
  4. kawan-kawan satu kelas atau satu kos (macam ni ke course dalam Bahasa Melayu?) yang cemburu sebab dia rasa pensyarah atau cikgu bagi layanan yang lebih pada korang. atau mungkin markah yang lebih.
  5. teman wanita (geli) yang cemburu bila teman lelaki dia (geli sekali lagi) layan perempuan lain. atau sebaliknya.
you all perasan atau tidak, bagaimanapun keadaan atau situasi perasan cemburu itu wujud. biasanya, ia wujud di antara orang-orang yang paling hampir dan rapat dengan kita. tidak akan lari jauh. biasanya, antara teman sekelas, teman sekuliah, keluarga, adik-beradik dan juga pasangan kekasih. kesemuanya adalah satu hubungan. tapi i tak nak cerita tentang kesemua keadaan di atas, sebab i lebih cenderung untuk bercerita tentang keadaan yang ke-5. tentang, perlukah cemburu itu dalam perhubungan bagi sepasang kekasih. and after this, you can call me dr. love because i know i am good in this matter. (jangan muntah.) teruskan, i timbulkan persoalan pertama pada perbicangan kali ini. perlukah kita sertakan rasa cemburu itu dalam sesebuah hubungan hati? sesetengah mungkin terus akan pergi kepada konsep 'Cemburu itu tanda Sayang' namun bagi i sendiri, there are certain situation, dimana kita sama sekali perlu untuk tidak bawa bersama cemburu itu dalam perasaan kita. tapi, kadang-kadang kita hanya perlu simpan perasaan itu dalam hati dan cuba berdiplomasi dengan pasangan kita dalam certain cases untuk mengelakkan sebarang perbalahan.

setuju atau tidak selalunya, cemburu itu datang bila kita ada satu perasaan yang dinamakan 'buruk sangka' ? contoh, apa perasaan you bila your bf menghilangkan diri untuk dua-tiga hari? i sangat-sangat yakin, yang you all akan terfikir something negative. macam bf you all tu ada perempuan lain, atau dia dah boring dengan you all sampai tak contact you all lebih dari 24 hours. dan setuju atau tidak bila mana perasaan buruk sangka ini timbul, you all akan mula rasa tak sedap hati dan hati you all akan start figure out satu cerita dalam hati dan otak you all, dan yang pasti cerita itu adalah negative. sebabnya? you all jealous. you all jealous dengan bf sendiri dan bila sampai masa dia contact you all balik, you all akan cuba sedaya upaya menuduh dan tanya soalan yang tah apa-apa yang kadang-kadang boleh menguji kesabaran seorang lelaki. dan ini menyebabkan, gaduh. mudah sahaja. jadi, untuk situasi begini perlukah kita untuk berasa cemburu supaya timbul satu cerita negative tentang orang yang kita sendiri sayang dalam kepala otak kita? mungkin sukar untuk kita kikis perasaan cemburu tersebut bila ia melibatkan orang-orang yang kita sayang kan?

caranya begini, memandangkan semua punyai akal untuk berfikir. dan akal you all pulak, bukannya jenis yang biasa-biasa. so, i sediakan satu cara diplomasi, di mana pada mulanya mungkin akan melukakan hati you all sendiri but in your long term benefits, it works. bila you all in the above situation, cara untuk you all settle dengan your bf bukanlah dengan ber-tanya soalan serkap jarang you all but you have to konon-konon kau bersangka baik dengan dia. tanya dia dengan tenang. as cool as you can. cuba kau rendahkan sedikit ego kau untuk elakkan pergaduhan. because usually you fights not because on what he had done to you but it's because of your own egoistic. cuba gantikan soalan-soalan seperti, "you pergi mana menghilang sampai 2-3 hari? langsung tak contact i. you ingat i ni apa? tunggu you macam orang bodoh." dengan soalan seperti ini, "you busy ke lately? kalau you busy sekali pun, contact i okay? i risau sangat" nampak tak bezanya? mungkin ia kelihatan sama sebab apa yang ingin disoalkan adalah sama, cuma the way you express your selves play the most important role in your relationship with your partner. just be a more matured person in making decision because if you are thinking of being happy in a serious and long lasting relationship, you have to make a change of your selves first. got it?

okay next, (tengok, aku rasa aku failed untuk memelayukan entry ini) situasi kedua, dimana cemburu itu selalunya wujud. bila, kau tengah dating dengan dia dan tiba-tiba ada someone call him, dan dia pulak cakap macam tak nak bukak mulut (sebab, konon nak rahsia dengan kau) dan masa tu mula lah dahi kau nak berkerut seribu (meh sini aku iron) sebab dalam kepala otak kau sedang fikir, dengan perempuan mana dia bercakap. kan kan? dan lepas je dia off call, kau akan terus tanya dia. "siapa?" dan masa tu, kau tak tahu sebenarnya dalam hati bf kau, dia mengeluh kuat gila sebab malas nak jawab soalan mengada kau. dan dia pun mula lah akan cakap, itu kawan dia yang nama Ah Cheng (saja letak nama ni. ;p) Ah Mad lah. dan macam-macam nama lagi lah yang mungkin keluar. dan lepas tu kau akan tanya dia. "Abdul? kawan you yang mana? i tak kenal pun." dan lepas tu, kau tak tahu yang hati dia dah start panas. dan lihat, siapa yang selalunya mulakan pergaduhan? sila lihat cermin sekarang, sebab kau yang selalu jadi punca. sebab kau nak tahu macam mana cara, untuk kita pasti yang dia sedang tidak menipu kita?

macam ni, after dia off call je, kau jangan tanya siapa yang call. aku cadangkan kau bukak cerita lain. contohnya macam, "you tahu tak, selipar jamban i dah putus." (mesti kau rasa annoying) dan kau kena lah tengok apa reaction dia lepas bercerita itu dan ini mengenai selipar kau. ada dua perkara, kalau dia jujur, dia sendiri yang akan buka cerita tentang panggilan telefon yang dia dapat tadi. dan kalau dia tak jujur, dia akan layan cerita selipar jamban kau, sampai dia dapat idea nak cerita pasal diri dia pulak. kau nampak takk? sebab lelaki ni, kau jangan paksa. tapi kan, ada jugak certain lelaki, memang akan cerita before kau tanya. ni jenis lelaki yang suka meng-kantoi-kan diri sendiri. ha, kalau yang macam ni kau buat je lah apa yang kau suka, i tak dapat idea lagi. ;p

macam ni, i dah terasa entry ni terlalu panjang dan i pun dah tak larat nak tulis. (padahal dah kering idea) mungkin kalau entry ni dapat sambutan hangat penonton. i akan buat perlukah cemburu part 2 pulak. okay tak begitu? and i harap tips ini dapat membantu. semoga berbahagia dengan si dia! :)

p/s; aku menyampah bila baca entry ni balik.
p/ss; orang selalu panggil aku dr. love, padahal aku sendiri tengah single. memang karma nya begitu kah?
p/sss; sila lah click iklan nuffnang akuuu! click tau. kalau tak perut kau buncit. haha.

23 Yorum var:

Unknown said...

asl asek aku je first ni?
bosan btl. haha. (muke riak)

dr love, da taw single, carik la calon cpt. nk aku tmn g blind date kah? ;))

natang pe nuffang uh? aku da click.
tp x faham, so aku pangkah blk. haha.

HEX said...

aku jeles ngn kucing aku doe.sbb die lg popular dr aku kt tman aku.hha

lumut said...

eyp rda...
aku bkn pergi krana kau..
aku pon sedih..
tp ko jgn sedih aku kaan dtg sini jenguk2 kau...
suke x?
hehehe

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

feeqa, haha. blah lah kau. sebab aku selalu post malam, dan masa tu kau je yang celik. ahha.

ceh. malas aku nak carik calon. biar calon tu datang sendiri. haha.

kau click je kalau masuk sini tahu? haha.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

ajik. hahahha. kau ni, bunuh je lah kucing tu. kan senang.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

lumut. waaaaahhhh. mestilah aku suka weyyy. kau jenguk aku selalu ehh. tekan nuffnang sekali. aha.

lumut said...

nak jugak suh tekan nuffnag..ngade2 ye budak ini..hehe.
jgn ko bomoh aku..nnt aku bomoh ko baru tau.=p

dhanial yahaya said...

yeahhh , baby (suck) HAHA :)

LUMUT said...

terjah kau jup.

Azureen Azlan said...

wow. mmg layak jd dr.love! entry ni sgt useful n mcm byk pulak yg mcm terkena batang hidung I HAHAHA. nasib baik my other half sgt sabar dgn I fuhhh. ok. mahu apply ur tips after this, hopefully it works :)

sbb entry ni bagus I click ur advert 11x ok? :D

tajudin said...

cemburu selalunya akan diikuti dengan rasa geram + rasa irihati + rasa dengki

cemburu yang tidak dituruti dengan rasa-rasa tu macam gulai tanpa garam...

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

lumut. haha. nuffnang itu wajib oh. ;p kau ni betul ke dah stop blogging? aku rasa macam mimpi pulak. haha. haha. kau siap, aku pakai minyak dagu.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

dhanial. haha. apa motive? mengada. ;p

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

ween. wooha. thanks for the compliments yang sangat-sangat menggunung tinggi itu. haha. kalau u rajin datang sini, sumpah i buat banyak lagi entry macam ni.

and boleh lah u click banyak lagi my advert kan kan? :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

selipar besi. terjah la yop. aku terjah kau satgi. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

mr tajudin. yup2. betul dan tepat sekali. thanks for adding. :)

Azureen Azlan said...

u cpt buat sambungan utk entry ni. 2tips je xcukup babe! I nak lggg. HAHAHA ;p

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

ween. hahah. okay syg! in process. :)

Dya Rohimi said...

15minit ak bce ney.. adoyai~ bm anda agak berjaya! tahniah2! haha.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

hhaha. gila lama kau baca. yes! i'm good in malay! haha.

asked said...

cemburu itu seni.............
seni itu indahh......
so,cemburu itu indah sebenarnye...

heheheee...
(((pesakit cinta))

single ke rda skang ni??
yeahhhh~~
bole i ngurat?
heee...

asked said...
This comment has been removed by the author.
Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

asked. hahahha. wakakaka. u nak mengorat i? i nak cincin belah rotan 3. ;p